Hargailah Dia

Wednesday 3 August 2011

Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda.Syukur Alhamdulillah di atas kurniaan-Nya yang mengizinkan diri ini bertinta lagi.Terima kasih Ya Allah.

          Segala puji hanya bagi Allah yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar setiap gerak-geri semua hamba-Nya dan Maha Suci Allah yang menjadikan langit yang terang benderang, bintang yang gemerlapan, matahari yang bersinar dan bulan yang mendamaikan serta bumi yang memberi pelbagai nikmat.Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW semerbak bunga yang sentiasa menyemarakkan bau wangi, hujan lebat yang sentiasa mengalir ,orang-orang baik yang sentiasa bertemu , orang-orang soleh dan solehah yang sentiasa berpelukan serta seluruh keluarga para sahabat dan siapa sahaja yang di atas petunjuk-Nya sampai hari kiamat kelak.




         Manusia itu ada dua golongan iaitu orang yang bertaqwa dan orang-orang yang sengsara, kelompok orang yang masuk syurga dan orang yang masuk neraka.Allah berfirman :

"Inilah dua golongan(golongan mukmin dan golongan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan mereka.
(Al-Hajj:19)


Kita juga harus sedar bahawa anggota-anggota tubuh seperti mata, hati , telinga dan mulut(lisan)juga terbahagi kepada dua.

Dua jenis mata:
1)Mata yang mengenal Allah dan menangis kerana takut kepadaNya, yang sentiasa merenungkan tanda-tanda kebesaran Allah dan memikirkan perihal penciptaan makhlukNya.

2)Mata yang selalu melihat kepada sesuatu yang haram dan berpaling daripada petunjuk Rasulullah SAW, gemar melakukan maksiat dan memandang perkara-perkara yang terlarang, mata ini adalah mata yang akan menangis pada hari kiamat kelak.

Dua jenis hati:
1)Hati yang mengenal Allah, mencintai Rasulullah SAW, dan berjalan di bawah risalah dan sesuai dengan ajarannya.Hati seperti ini adalah hati yang berbahagia.

2)Hati yang berpaling dari daripada mengingati Allah, berpaling daripada membaca Al-Quran , lalai bersembahyang, tidak mengenal Allah dan berpaling daripada ajaran Rasulullah SAW yang benar.Hati ini akan sengsara.

Dua jenis telinga:
1)Telinga yang gemar mendengar wahyu Allah, gemar mendengar bacaan Al-Quran  dan hadis Rasulullah SAW serta aktif mengikuti majlis ilmu dan agama.Telinga ini telinga yang bahagia.

2)Telinga yang gemar mendengar hiburan yang melalaikan, kekejian , kemungkaran, sesuatu yang menjauhkan dan memalingkan pemiliknya daripada Allah serta membuat Allah murka kepadanya.

Dua jenis mulut(lisan):
1)Lisan yang sentiasa berbicara dengan penuh hikmah, mengatakan kebenaran, berzikir kepada Allah dan mengajak orang berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.

2)Lisan yang suka mengumpat, menipu ,mengejak, menghina dan membuat fitnah.Lisan ini sangat rugi sekali.

Semoga kita sentiasa terdidik untuk mengamalkan perkara 1 dan dihindarkan dari memiliki perkara 2.

INSYA'ALLAH..WASSALAM..

No comments:

Post a Comment