Hargailah Dia

Saturday, 20 August 2011

BENCI PENIPU , PEMBOHONG , PENDUSTA



xpyh la nk sbut2 psal cinta klu korg sbenarnya mmg xkisah pn ttg tu.
xprlu la ckp ttg prasaan klu prasaan tu mmg xde dlam hati korg.
xpyh la tnjuk ke dada klu korg sbnarnya nk lukakan hati couple korg. 
xprlu la korg sebut psal cinta abadi klu ada niat dlam hati tu nk berpisah.
xpyh la pndang mata girlfriend or boyfriend korg klau korg menipu die.
xprlu la sebut hello klu nti korg akn ucapkan selamat tinggal. 
xpyh la ckap yg die satu-satunya klu sbnarnye ad org lain slain die. 
xprlu la kunci hati die klu korg xda anak kunci nk bkk hati die nti.


hidup nie kne la jujo..antra yg pling pnting tu kne la jujo dlam hbungan..saling mmprcayai tu sgt pnting..smpai ble nk jd PENIPU, PEMBOHONG, PENDUSTA..klu dpat mnfaat pn cme skjap je..sbb hidup korg xkn tenang..last2 nti, korg yg rugi sbb korg xhrgai ap yg korg ad & yg korg miliki..so, nasihat aku simple je..fikirkan ttg Allah, ttg hdup korg, ttg dri korg & ttg org yg korg syg..jgn menyesal kmudian hari..



SEKIAN

ORANG YANG KITA SAYANG


Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita teruji.


Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terkeliru.


Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terluka.


Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terkilan.



Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis. & selalunya orang yang kita sayang suka hadir bila memerlukan kita dan pergi tanpa meninggalkan pesan.

JIKA IA SEBUAH CINTA




Jika ia sebuah cinta 

ia tidak mendengar, namun sentiasa bergetar.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak buta, namun sentiasa melihat dan merasa.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak menyeksa, namun sentiasa menguji.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak memaksa, namun sentiasa berusaha.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak cantik, namun sentisa menarik

Jika ia sebuah cinta

ia tidak datang dengan kata-kata, namun sentiasa menghampiri dengan hati.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak terucap dengan kata, namun sentiasa hadir dengan sinar mata.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak hanya berjanji, namun sentiasa cuba memenangi.

Jika ia sebuah cinta

ia mungkin tidak harmoni, namun sentiasa suci.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak hadir kerana permintaan, namun hadir kerana ketentuan.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan, namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.




WASSALAM

Wednesday, 17 August 2011

PERJALANAN SEBUAH KEHIDUPAN


Dalam suatu perjalanan hidup, cita-cita terbesar adalah menuju kesempurnaan. Ada kalanya kita mesti berjuang, serta belajar menyingkap segala rahasia kehidupan.
Perjalanan menuju kesempurnaan adalah proses yang menentukan setiap tapak langkah kita. Setiap hembusan nafas, detik jantung, dari siang menuju malam. Semua menuju titik yang sama, kesempurnaan.
Setiap insan mempunyai hak yang sama atas waktu. Tidak ada seorangpun melebihi dari yang lain. Namun tak jarang setiap kita berbeda dalam menentukan sikapnya. Ada yang berjuang untuk melaluinya dengan membunuh waktu. Tidak pula sedikit yang merasakan sempitnya kesempatan yang dia ada.
Apa rahsia terbesar dalam hidup ini? Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman.
>Dengan cinta hidup menjadi indah.
>Dengan ilmu hidup menjadi mudah.
>Dan dengan iman hidup menjadi terarah.


Hidup ini merupakan proses pembelajaran menuju lebih baik dan memahami akan cinta yang Allah SWT berikan buat manusia di dunia ini.

Monday, 15 August 2011

SAYANGNYA CINTAI KITA

jangan terlalu mengasihi seseorang..
kerana kadang-kadang..
sayang itu mungkin tidak terbalas..
makin lama semakin rapuh..
mungkin teguh pada permulaanya..
sekukuh konkrit yang ada pada bangunan pencakar langit..
sungguh indah dan dikagumi alam..
namun, debu-debu, hujan basah, ribut petir..ditelan dek masa berlalu seperti angin..
hari demi hari..
keindahan dan keteguhan itu hambar..
perlahan menjadi goyah dan rapuh..
mungkin roboh kerana tiada lagi kekuatannya..
masa mencemburui sekalian alam..
waktu adalah karakter penting dalam mainan hidup..
ianya selemah manusia..
tidak teguh dalam setiap perkara..
hanya seketika mengerjakannya..
kata-kata hanya mainan manusia..
semuanya hanya dusta penuh derita..
diam, diam terus terdiam..
luput di minda tapi tidak di dada..
hanya coretan tanpa kata-kata..
biarkan bisu tapi bersuara teriak..!!
suara yang tiada pendengar yang setia..
langkah terkulai tiada berkata..
ku miliki jasadnya, tapi mana hatinya..
mencari dan ku terus mencari..
mungkin hilang sudah berganti..



selalu menanti walau dia tak ku miliki
demi setianya cinta yang dianugerahkan-Nya


SEKIAN