Kerana kekasih, mereka buang rasa kasih,
Kerana mengejar cinta, mereka kehilangan rasa cinta,
Cinta tanpa ADAB mengundang AZAB…
Cinta itu datangnya dari Allah, cinta juga berasal dari Allah, bagaimana kita boleh meletakkan cinta pada makluknya sedangkan kita tidak pernah cinta pada khaliq-Nya.. pernahkah kita terfikir.. mengapa seseorang 2 sanggup menyerahkan cinta pada kekasihnya tanpa meletakkan & mengenal cinta pada Penciptanya.. bangkitlah wahai sahabat-sahabatku.. dirimu diciptakan bukan semata-mata untuk menagih & meminta cinta dari makhluk-Nya, sebaliknya Cinta Agung Tuhan yang kita semua perlukan.. jika kita kehilangan cinta manusia, Allah tetap cintakan kita.. tiada yang lebih besar dan agung melainkan cinta Allah..
Ramai orang yang bercinta tetapi mereka tidak faham apa makna CINTA..
C = cantik I =indah N = nikmat T = tampan A = apa saja
Perkataan 'apa saja' inilah yang akan membawa padah, “Demi cintaku padamu, kemana saja pun aku akan ikut” kata sang kekasih.. inilah bahayanya.. kemana saja pun asyik nk ikut je, ke longkang, ke semak.. ha.. inilah padahnya.. sekarang kita tgk brapa banyak bayi dibuang.. xterkira jumlahnya.. jgnlah sesekali kita semua berani-berani mendekati cinta, cinta tanpa batasan mengundang padah.. cinta itu mmg indah tp lagi indah jikalau disertai dengan sulaman kasih sayang yang ditaburkan kepada khaliq-Nya..
Tidak ada satu pun sesuatu itu yang tidak disertai dengan Akhlak.. nak bercinta ada akhlaknya, nak berkasih sayang ada akhlaknya.. tapi remaja hari ini mengenepikan soal akhlak & meletakkan cinta di tempat pertama.. maka itulah yang kita namakan KORBAN CINTA
Diingatkan pada semua tlg reserve cinta 2 sedikit.. takut bila dah kawin nanti cinta 2 dah habis.. jgnlah berikan cinta bkn pada org yg selayaknya, jgnlah nodai kesucian cinta itu sesungguhnya.. disini tercatat doa tentang cinta..
Ya Allah, kurniakanlah aku cinta-Mu,
Ya Allah, kurniakanlah aku cinta orang yang cinta pada-Mu,
Ya Allah, kurniakanlah aku cinta apa sahaja yang dapat menghampirkan diri pada cinta-Mu Ya Allah,
Semoga cinta Allah itu lebih kita dambakan daripada cinta yang lain..
jika kita ingin mencari ketenangan & keredhaan Illahi, hayatilah Firman Allah ini ;
“ketahuilah dengan mengigati Allah, hati akan manjadi tenang”
cinta ibu ayah membawa ke syurga, cinta kekasih membawa sengsara jika dinodai, kalau betul kita nak bercinta jangan malukan ibu ayah, kalau betul kita nak bercinta jangan lukai Allah Ta'ala.. Janganlah kita berbuat maksiat demi cinta..
cinta ibu ayah membawa ke syurga, cinta kekasih membawa sengsara jika dinodai, kalau betul kita nak bercinta jangan malukan ibu ayah, kalau betul kita nak bercinta jangan lukai Allah Ta'ala.. Janganlah kita berbuat maksiat demi cinta..
Jaga diri,
Jaga cinta kepada keluarga,
Jaga cinta kepada Allah,
Insya'Allah cinta kekasih akan hadir,
Jauhilah ikhtilat tidak syarie yang mengundang kemurkaan Allah..
Jauhilah ikhtilat tidak syarie yang mengundang kemurkaan Allah..
Cukuplah sekadar ini dahulu coretan untuk semua.. moga mndapat ibrah dari penulisan yang xseberapa ini.. mohon kemaafan jika coretan ni mengganggu keselesaan yg membaca.. salam sayang kerana Allah dari diri yang faqir ini..
“hiduplah UNTUK berdakwah”
Jazakallah..wassalam..
No comments:
Post a Comment