Assalamualaikum wbt..
Fuuhhh...fuuhhh... *tiup habuk*
Berhabuk dah blog ni.. lama tuan punya blog ni tak update..
Sebenarnya, dalam hati ni tersangatlah simpati dengan nasib blog ni.. Entahla.. Kalau diikutkan, tulisan aku ni bukan la bagus mana sangat pun.. Blog ni pun pernah terbiar lama tak berupdate.. TAPI.. aku ambil keputusan nak teruskan je la.. :)
Kenapa aku berblogging ???
Aku berblogging bukan untuk popular atau mencari publisiti.. Aku berblogging juga bukan untuk menceritakan kisah hidup aku kat orang lain.. Aku berblogging bukan sebab jelous tengok orang lain ada blog.. bukan bukan bukan..no no no..
Aku berblogging sebab aku nak buat perkara baik.. Nak kumpul pahala.. Nak cari redha Allah.. Dalam blog yang tak seberapa best ni, aku hanya kongsikan perkara-perkara kebaikan, kisah teladan untuk renungan bersama, peringatan untuk kita semua dan cetusan pemikiran yang lahir dari minda ini.. Apa-apa perkara menarik akan ku kongsikan bersama kerana ilmu Allah itu milik kita semua, bukan untuk disimpan. Betul kan?
Aku bukanlah baik sangat untuk mengajak manusia melakukan kebaikan.. dan aku juga bukanlah baik sangat untuk menasihati manusia lain agar tidak melakukan kemunkaran.. Tetapi, bukankah amar makruf nahi munkar itu tugas kita semua sebagai seorang Muslim.. InsyaAllah, Allah memberikan aku pahala sambil berblogging.. Aku tak reti nak bagi ceramah kat khalayak ramai, tak juga pandai nak menulis buku islamik, bahkan tak juga berbakat untuk bernasyid untuk menyeru kebaikan.. Tapi, aku ada blog.. itu yang aku mampu..
Kata Syeikh Yusuf Qardawi dalam kitabnya Fiqh Jihad :
Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan suatu jihad utama, sedang jihad itu adalah fardhu..
Siapa nak baca blog buruk ni?
Ketika mula-mula buat blog ni,memang ada terfikir macam tu.. Mestilah terfikir kan, siapalah yang nak baca blog baru ni? siapalah yang nak baca tulisan yang tak seberapa ni? ramai ke viewer blog ni nanti?
Teringat kata-kata kawan aku seorang ni :
Kalau menulis untuk dibaca orang semata-mata memang macam tu je lah, tak kemana. Tapi kalau menulis untuk Allah, untuk Islam, tak terbit soalan tu InsyaAllah. .
Tak kisah.. ada orang nak baca blog ni, Alhamdulillah.. Tapi kalau lagi ramai baca, lagi bagus, lagi ramai la yang akan manfaat hasil tulisan dalam blog ini.. insyaAllah.. ^^
- Kalau ada masa dan idea, berupdatelah blog ni.. kalau tak... hehe :p
- Nabi kita juga pernah berpesan : sampaikanlah daripadamu walaupun satu ayat.. InsyaAllah, dengan menulis blog ni, aku dapat mempraktikan hadis ini dalam hidup aku..
- Dalam Al-Quran juga, Allah telah berfirman dalam Surah Ali-Imran ayat 104 : Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar : merekalah orang-orang yang beruntung.
minta maaf kalau ada kesalahan dalam hadis ataupun tafsiran Quran.. mohon beri tunjuk ajar.. terima kasih.. :) salam ukhwah.. WALLAHUALAM
SEKIAN SAHAJA CATATAN
No comments:
Post a Comment