Hargailah Dia

Saturday, 20 August 2011

JIKA IA SEBUAH CINTA




Jika ia sebuah cinta 

ia tidak mendengar, namun sentiasa bergetar.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak buta, namun sentiasa melihat dan merasa.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak menyeksa, namun sentiasa menguji.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak memaksa, namun sentiasa berusaha.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak cantik, namun sentisa menarik

Jika ia sebuah cinta

ia tidak datang dengan kata-kata, namun sentiasa menghampiri dengan hati.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak terucap dengan kata, namun sentiasa hadir dengan sinar mata.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak hanya berjanji, namun sentiasa cuba memenangi.

Jika ia sebuah cinta

ia mungkin tidak harmoni, namun sentiasa suci.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak hadir kerana permintaan, namun hadir kerana ketentuan.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan, namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.




WASSALAM

No comments:

Post a Comment