Hargailah Dia

Wednesday, 14 May 2014

PERGINYA INSAN YANG DISAYANGI




Selasa, 23 Julai 2013 bersamaan 14 Ramadhan 1434H, hari yang paling kelam dalam hidup aku.. Perginya insan yang paling disayangi dan dikasihi.. Seorang ibu yang sangat penyayang, seumpama bidadari yang sentiasa menceriakan hari keluarganya, pergi menghadap illahi.. Benarlah bahawa janji Tuhan itu sangat pasti.. Daripada Dia kita datang dan kepada Dia jugalah kita kembali.. Sesungguhnya Ramadhan dan Syawal yang mendatang tidak akan sama seperti sebelum ini..




Lama sudah tidak membayangkan wajah arwah ibu.. Bukan bermakna aku lupa, tapi aku cuba untuk jauhkan diri dari selalu mengingati wajah ibu.. Semakin sedih mengenangkan apa yang jadi.. Hati mula terkenangkan akan senyumannya yang tak pernah luput diingatan aku.. Masih lagi terasa hangat kasih sayang aku buat arwah ibu..

Terlalu aku rindu akan raut wajahnya yang cukup jelita pada pandangan aku.. Bagi aku dialah satu2nya ibu yang tiada tolak bandingnya.. Aku mohon pada Tuhan agar aku akan menemui ibuku diakhirat nanti.. Aku tersangat rindu akan suaranya, gelak ketawanya dan segala tentang dirinya..

Oh ibu, setiap malam aku berdoa pada Tuhan dengan penuh khusyuk dan tawaduk agar dikau ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yg beriman serta dijauhkan dari seksaan kubur.. Masih terngiang-ngiang saat dirimu ketawa ketika kita sama-sama bergelak tawa bersama keluarga. Allah sahaja yang tahu betama anakmu ini merinduimu.. Semoga tenang di alam sana kerana anakmu ini tahu bahawa Allah sangat menyayangimu dan ingin dirimu berada di sampingNya..

Aku redha akan ketentuanMu ya Allah..

ASSALAMUALAIKUM WBT



Dah lama rasanya tak update blog ni.. Hampir setahun ditinggalkan.. Dan dalam masa itu jugalah banyak cerita dan khabar yang datang silih berganti.. Suka duka dan pahit manis kehidupan adalah lumrah hidup ini yang mana sudah ditentukan Allah.. Semoga tabah dan sabar menghadapi segala ujian, cabaran mahupun dugaan yang mendatang.. InsyaAllah akan di update jika diberi masa.. Kepada sahabat-sahabat sekalian, semoga hari yang dilalui diselitkan senyuman yang manis.. ^^ Syukran

Saturday, 1 June 2013

KEMBALI MELIHAT

Assalamualaikum wbt..
Fuuhhh...fuuhhh... *tiup habuk*
Berhabuk dah blog ni.. lama tuan punya blog ni tak update..

Sebenarnya, dalam hati ni tersangatlah simpati dengan nasib blog ni.. Entahla.. Kalau diikutkan, tulisan aku ni bukan la bagus mana sangat pun.. Blog ni pun pernah terbiar lama tak berupdate.. TAPI.. aku ambil keputusan nak teruskan je la.. :)


Kenapa aku berblogging ???

Aku berblogging bukan untuk popular atau mencari publisiti.. Aku berblogging juga bukan untuk menceritakan kisah hidup aku kat orang lain.. Aku berblogging bukan sebab jelous tengok orang lain ada blog.. bukan bukan bukan..no no no..

Aku berblogging sebab aku nak buat perkara baik.. Nak kumpul pahala.. Nak cari redha Allah.. Dalam blog yang tak seberapa best ni, aku hanya kongsikan perkara-perkara kebaikan, kisah teladan untuk renungan bersama, peringatan untuk kita semua dan cetusan pemikiran yang lahir dari minda ini.. Apa-apa perkara menarik akan ku kongsikan bersama kerana ilmu Allah itu milik kita semua, bukan untuk disimpan. Betul kan?

Aku bukanlah baik sangat untuk mengajak manusia melakukan kebaikan.. dan aku juga bukanlah baik sangat untuk menasihati manusia lain agar tidak melakukan kemunkaran.. Tetapi, bukankah amar makruf nahi munkar itu tugas kita semua sebagai seorang Muslim.. InsyaAllah, Allah memberikan aku pahala sambil berblogging.. Aku tak reti nak bagi ceramah kat khalayak ramai, tak juga pandai nak menulis buku islamik, bahkan tak juga berbakat untuk bernasyid untuk menyeru kebaikan.. Tapi, aku ada blog.. itu yang aku mampu..

Kata Syeikh Yusuf Qardawi dalam kitabnya Fiqh Jihad :
Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan suatu jihad utama, sedang jihad itu adalah fardhu..
Siapa nak baca blog buruk ni?

Ketika mula-mula buat blog ni,memang ada terfikir macam tu.. Mestilah terfikir kan, siapalah yang nak baca blog baru ni? siapalah yang nak baca tulisan yang tak seberapa ni? ramai ke viewer blog ni nanti?

Teringat kata-kata kawan aku seorang ni :
Kalau menulis untuk dibaca orang semata-mata memang macam tu je lah, tak kemana. Tapi kalau menulis untuk Allah, untuk Islam, tak terbit soalan tu InsyaAllah. .



 Tak kisah.. ada orang nak baca blog ni, Alhamdulillah.. Tapi kalau lagi ramai baca, lagi bagus, lagi ramai la yang akan manfaat hasil tulisan dalam blog ini.. insyaAllah.. ^^

  • Kalau ada masa dan idea, berupdatelah blog ni.. kalau tak... hehe :p
  • Nabi kita juga pernah berpesan : sampaikanlah daripadamu walaupun satu ayat.. InsyaAllah, dengan menulis blog ni, aku dapat mempraktikan hadis ini dalam hidup aku..
  • Dalam Al-Quran juga, Allah telah berfirman dalam Surah Ali-Imran ayat 104 : Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar : merekalah orang-orang yang beruntung.

minta maaf kalau ada kesalahan dalam hadis ataupun tafsiran Quran.. mohon beri tunjuk ajar.. terima kasih.. :) salam ukhwah.. WALLAHUALAM

SEKIAN SAHAJA CATATAN

Thursday, 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H (2013)


Allah SWT Berfirman : 
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian, dan Aku sempurnakan nikmat-Ku atas kalian dan Aku redha Islam sebagai agama kalian.” 
(Al-Ma'idah: 3)

Saat turunnya ayat ini bergenanglah air mata para sahabat nabi kerana terlalu sedih untuk berpisah dengan nabi. Ketiadaan dan kehilangan baginda sentiasa dirasai sehingga kini. Kami merinduimu ya Rasulullah!!

Sama-sama kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah s.a.w. 
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan." (Al-Ahzaab: 56)
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Wednesday, 23 January 2013

TAKDIR SETIAP PERTEMUAN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Terima kasih untuk setiap pertemuan yang Kau takdirkan, terima kasih untuk setiap saat-saat yang lalu. Aku bersujud di hadapan-Mu, sucikan hatiku ini ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.



Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya, janganlah biarkan aku merindukan dirinya. Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya. Kikislah pesonanya dari pelupuk mata ini. Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih terhadap-Mu yang tulus dan murni. Tolonglah aku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat.



Tetapi jika Kau ciptakan dia untuk aku, ya Allah, satukan la hati kami. Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya. Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk mendapatkan hatinya. Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerima aku seadanya, dengan segala kelebihan dan kekurangan aku sebagaimana yang telah Kau ciptakan. Yakinkanlah dia bahawa aku terlalu mencintainya dan rela membagi suka dan duka  dengan dia.


Ya Allah Maha Pengasih, dengarlah doa aku ini. Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu, Allah Yang Maha Kekal. Aku tahu Engkau senantiasa memberikan yang terbaik buatku. Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya. Perjuangan ini mengajar aku untuk hidup makin dekat pada-Mu. Untuk lebih peka terhadap suara-Mu, yang membimbing aku menuju terang-Mu. Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan. Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendak aku yang jadi dalam setiap bagian hidup aku, ya Allah.

Amin…





Sunday, 20 January 2013

HAKIKAT KEHIDUPAN



Kita Tidak Akan Tahu Apa Yang Kita Punyai Sehinggalah Kita Kehilangannya Dan Kita Tidak Akan Tahu Apa Yang Kita Hilang, Sehingga “ia datang”.

Carilah Seseorang Yang Boleh Membuatkan Kita Tersenyum Kerana Ia Cuma Memerlukan Sekuntum Senyuman Untuk Mencerahkan Hari Yang Suram

Selalulah Bayangkan Diri Kita Berada Dalam Kasut Seseorang, Jika Kita Merasakan Kesakitan, Fikirkanlah Ia Mungkin Menyakitkan Orang Lain Juga.

Kebahagiaan Terletak Kepada Mereka Yang Menangis, Mereka Yang Terluka, Mereka Yang Telah Mencari Dan Mereka Yang Telah Mencuba.

Hanya Mereka Yang Boleh Menghargai Kepentingan Manusia Yang Telah Menyentuh Hidup Mereka.

Masa Depan Yang Cerah, Sentiasa Berteraskan Kehidupan Lalu Yang Telah Dilupakan.

Kita Tidak Boleh Meneruskan Kehidupan Dengan Sempurna, Sehinggalah Kita Melupakan Kegagalan Dan Kekecewaan Masa Silam.

Semasa Kita Dilahirkan, Kita Menangis Dan Orang Sekeliling Kita Tersenyum. Teruskan Hidup Ini Supaya, Apabila Kita Mati, Kitalah Yang Akan Tersenyum Dan Orang Sekeliling Kita Pula Akan Menangis.

KEMBALI SEBENTAR

Lama tuu tak update blog nie..
rasanya dh wjud sgala mcm sarang kt sni..
hahahaa..
tp pemiliknye jgn disangka hilg xberganti ok..
msih wjud lagi laa..
cuma hdup mcm xstabil sikit skrg nie..

KEEP SMILING!!!

may Allah bless..